Beliau adalah salah seorang tokoh para wali dan ulama dari Ahlil Bait
Al-Ba’alawi yang kembali kepadanya sebahagian nasab keluarga Ba’alawi
di Hadramaut.
Sebahagian dari karamah beliau diriwayatkan bahawasanya hampir setiap
tahunnya banyak orang melihat beliau sedang hadir di tempat-tempat
penting di Makkah. Ketika ditanyakan oleh sebahagian murid beliau:
“Apakah anda pernah berhaji?” Jawab beliau: “Jika secara zahir tidak
pernah”.
Diriwayatkan oleh salah seorang murid beliau yang bernama Muhammad
bin Hassan Jamalullail: “Pada suatu hari aku pernah di masjid Sayid
Abdurrahman As-Seggaf. Waktu itu aku merasa lapar sekali, tapi aku malu
untuk mengadukan pada beliau tentang keadaanku.
Rupanya beliau tahu akan
keadaanku yang sebenarnya. Beliau memanggilku ke atas loteng masjid.
Anehnya kudapatkan di hadapan beliau sudah terhidang makanan yang lazat.
Waktu kutanya dari manakah mendapatkan makanan itu?” Beliau hanya
menjawab: “Hidangan ini kudapati dari seorang wanita”. Padahal kutahu
tidak seorangpun yang masuk dalam masjid”.
Seorang
murid beliau yang bernama Syeikh Abdurrahim bin Ali Khatib berkata:
“Pada suatu waktu sepulangnya kami dari berziarah ke makam Nabi Hud a.s.
bersama Sayid Abdurrahman, beliau berkata: “Kami tidak akan solat
Maghrib kecuali di Fartir Rabi’”. Kami sangat hairan sekali dengan
ucapan beliau. Padahal waktu itu matahari hampir saja terbenam sedangkan
jarak yang harus kami tempuh sangat jauh. Beliau tetap saja menyuruh
kami berjalan sambil berzikir kepada Allah. Tepat waktu kami tiba di
Fartir Rabi’ matahari muali terbenam. Sehingga kami yakin bahawa dengan
kekaramahan beliau sampai matahari tertahan untuk condong sebelum beliau
sampai di tempat yang ditujunya. Kata sebahagian murid beliau:
“Kejadian itu sama seperti yang pernah terjadi pada diri Syeikh Ismail
Al-Hadrami”.Diriwayatkan pula bahawasanya pada suatu hari beliau sedang
duduk di depan murid-murid beliau. Tiba-tiba beliau melihat petir.
Beliau berkata pada mereka: “Bubarlah kamu sebentar lagi akan terjadi
banjir di lembah ini”.
Apa yang diucapkan oleh beliau itu terjadi seperti yang
dikatakan.Waktu Sayid Abdurrahman As-Seggaf mengunjungi salah seorang
isterinya yang berada di suatu desa, beliau mengatakan pada isterinya
yang sedang hamil: “Engkau akan melahirkan seorang anak lelaki pada hari
demikian dan akan mati tepat pada hari demikian dan demikian, kelak
bungkuskan mayatnya dengan kafan ini”. Kemudian beliau memberikan
sepotong kain. Dengan izin Allah isterinya melahirkan puteranya tepat
pada hari yang telah ditentukan dan tidak lama bayi yang baru dilahirkan
itu meninggal tepat pada hari yang diucapkan oleh beliau
sebelumnya.Diriwayatkan pula ada sebuah perahu yang penuh dengan
penumpang dan barang tiba-tiba bocor saja tenggelam.
Semua penumpang yang ada dalam perahu itu panik. Sebahagian ada yang
beristighatsah (minta tolong) pada sebahagian wali yang diyakininya
dengan menyebut namanya. Sebahagian yang lain ada yang beristighatsah
dngan menyebut nama Sayid Abdurrahma As-Seggaf. Orang yang menyebutkan
nama Sayid Abdurrahman As-Seggaf itu bermimpi melihat beliau sedang
menutupi lubang perahu yang hampir tenggelam itu dengan kakinya, hingga
selamat. Cerita itu didengar oleh orang yang kebetulan tidak percaya
pada Sayid Abdurraman As-Seggaf. Selang beberapa waktu setelah kejadian
di atas orang yang tidak percaya dengan Sayid Abdurrahman itu tersesat
dalam suatu perjalanannya selama tiga hari. Semua persediaan makan dan
minumnya habis. Hampir ia putus asa. Untunglah ia masih ingat pada
cerita istighatsah dengan Sayid Abdurrahman As-Seggaf yang pernah
didengarnya beberapa waktu yang lalu. Kemudian ia beristighatsah dengan
menyebutkan nama beliau. Dan ia bernazar jika memang diselamatkan oleh
Allah dalam perjalanan ini ia akan patuh dengan Sayid Abdurrahman
As-Seggaf. Belum selesai menyebut nama beliau tiba-tiba datanglah
seorang lelaki yang memberinya buah kurma dan air.
Kemudian ia ditunjukkan jalan keluar sampai terhindar dari
bahaya.Pernah diriwayatkan bahawa salah seorang pelayan Sayid
Abdurrahman As-Seggaf ketika di tengah perjalanan kenderaannya dan
perbekalannya dirampas oleh seorang dari keluarga Al-Katsiri. Pelayan
yang merasa takut itu segera beristighatsah menyebut nama Sayid
Abdurrahman untuk minta tolong dengan suara keras. Ketika orang yang
merampas kenderaan dan perbekalan sang pelayan tersebut akan menjamah
kenderaan dan barang perbekalannya tiba-tiba tangannya kaku tidak dapat
digerakkan sedikitpun. Melihat keadaan yang kritikal itu si perampas
berkata pada pelayan yang dirampas kenderaan dan perbekalannya: “Aku
berjanji akan mengembalikan barangmu ini jika kamu beristighatsah sekali
lagi kepada syeikhmu yang kamu sebutkan namanya tadi. Si pelayan segera
beristighatsah mohon agar tangan orang itu sembuh seperti semula.
Dengan izin Allah tangan si perampas itu segera sembuh dan barangnya
yang dirampas segera dikembalikan kepada si pelayan. Waktu pelayan itu
bertemu dengan Sayid Abdurrahman As-Seggaf, beliau berkata: “Jika
beristighatsah tidak perlu bersuara keras, kerana kami juga mendengar
suara perlahan”.Sebenarnya karamah beliau sangat banyak sehingga sukar
untuk disebutkan semua.
Beliau wafat di kota Tarim pada tahun 819 H dan dimakamkan di perkuburan Zanbal. Makam beliau banyak dikunjungi orang.
Friday, 17 May 2013
Home »
tokoh islam
» Al Habib Abdurrahman As Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah
0 komentar:
Post a Comment